I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Sunday, September 6, 2009

KEJAYAAN DAN KEGAGALAN ITU ADALAH UJIAN

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum w.b.t…

Firman Allah s.w.t :

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? " (Al-'Ankabut:2)

Sahabat yang dikasihi sekalian…marilah sama-sama kita berfikir sejenak mengingati Allah yang maha kuasa….yang tidak ada tandinganNya…yang sentiasa mengatasi dalam segenap perkara…yang menciptakan kita sebagai sebaik-baik kejadian..subhanallah…

Firman Allah:

“Dan boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

(Al-Baqarah:216)

Ingatlah sahabat semua..sesungguhnya Allah itu maha adil kepada semua makhlukNya…setiap yang dijadikan mempunyai hikmahnya…perlulah diingati supa kita semua tidak sekali-kali berburuk sangka dengan Allah kerana amatlah rugi bagi orang yang bersangka terhadap Allah rabbul a’lamin..

Firman Allah:

“Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!” (As-Fusshilat:23)

Ayuh sahabat semua..sedarlah bahawa,Kejayaan itu adalah ujian,kegagalan itu juga ujian…jangan kita jadikan kejayaan kita sebagai suatu yang dinamakan ‘al-istidraj’ kerana perkara ini adalah perkara yang disukai oleh musuh kita iaitu syaitan,yanag mana dengan sedaya upaya memesongkan kita daripada Allah…jangan pula kita jadikan kegagalan kita itu sebagai suatu yang menjauhkan diri kita dengan Allah..kerana segala itu adalah ujian Allah untuk melihat kesabaran kita….

Sudah pasti ada dikalangan pembaca yang menyatakan “memanglah cakap senang,kalau kena kepada diri sendiri baru tahu macam mana perasaan”….Ya…memanglah perit rasanya menghadapi sebuah kegagalan…amatlah sukar untuk menerima dan menghadapinya..tetapi,perlulah ditanam didalam diri bahawa sesuatu yang baik dan berkualiti itu akan tercapai dengan kesulitan yang kadangkala menyeksa diri…justeru,sama-samalah kita kuatkan diri…

Sesungguhnya inilah masanya untuk kita bermuhasabah diri diatas segala apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita…sebenarnya Allah rindukan rintihan hambanya..oleh itu,rukuk dan sujudlah kepadanya memohon keberkatan hidup dan semoga dipermudahkan urusan-urusan yang mendatang…

Kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian..jika kita mempunyai sahabat yang kurang Berjaya untuk kali ini…inilah masanya untuk kita tunjukkan kasih sayang seorang sahabat kepada sahabat yang lain…penulis juga pernah merasakan perkara ini…apa yang boleh diperkatakan,sahabat adalah penting pada ketika kita dalam keadaan lemah…ingatlah!..sahabat adalah ikatan ukhwah yang disandarkan dengan islam yang akan membantu dan menyenangkan sahabatnya yang lain ketika susah dan senang….

Firman Allah:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". “ (Al-Baqarah:286)

Sekian.....


No comments:

Post a Comment

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM