I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Saturday, September 5, 2009

KELEBIHAN BERSAHUR

Makin lama dah tak tahu nak masak apa untuk bersahur ni......Pening juga kepala apa nak masak pagi-pagi buta untuk membuka selera. Nak makan yang panas-panas pula tu....Tak bersahur tak boleh juga nanti takut tak larat pula. Lagipun bukan ke berkat kalau kita bersahur....dan banyak kelebihan kalau kita bersahur.

Dari Anas bin Malik r.a. ia berkata:
"Telah bersabda Rasulullah SAW 'Sahurlah kalian, maka sesungguhnya dalam sahur itu ada berkahnya" (HR Bukhari, Muslim dari Anas bin Malik r.a.)

Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkah (barakah) ialah ganjaran dan pahala. Dikatakan sahur itu mengandungi barakah, kerana sahur menguatkan dan menambah semangat dalam berpuasa serta dapat membantu meringankan beratnya.

Selanjutnya Ibnu Hajar menambahkan:
"Yang jelas sahur itu merupakan suatu perbuatan yang mengikuti sunnah, berbeda dengan perbuatan Ahli Kitab, memelihara terhadap ibadah, menambah semangat, menolak pengaruh pengaruh buruk yang ditimbulkan oleh rasa lapar, atau merupakan kesempatan bersedekah kepada orang lain dengan mengundangnya makan sahur bersama, dan juga dapat dilanjutkan dengan menzikir atau berdoa, kerana waktu sahur adalah waktu yang mustajab untuk berdoa".

No comments:

Post a Comment

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM