I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Thursday, September 10, 2009

TIGA TAPAK PEMBENTUKAN DAYA INGATAN

Daya ingatan yang lebih baik boleh dibentuk melalui tapak-tapak yang kukuh. Bayangkan sahaja bagaimana sebuah bangunan dapat berdiri tegak tanpa tapak yang kukuh dibinakan untuknya terlebih dahulu. Demikianlah daya ingatan. Ia adalah proses tiga langkah - mencatat, menyimpan dan memanggil kembali:

1. Mencatat
Pembentukan daya ingatan dimulakan dengan mencatat informasi. Data ini didokumentasikan dalam sistem daya ingatan jangka pendek dan disimpan dalam satu jangka waktu yang terbatas. Kalau informasi ini tidak diulang secara kerap, maklumat pada daya ingatan jangka pendek akan hilang dalam beberapa minit dan akan diisi oleh maklumat lain. Sebab itulah perlunya sesuatu informasi itu dicatat kerana membuat catatan menggabungkan tiga perilaku - melihat apa yang dicatat, membaca ketika mencatat dan merakam apa yang dicatat. Ini diperkuat dengan proses mendengar sebelumnya. Peratus untuk terlupa setelah menggabungkan tiga perilaku ini tipis, apalagi sekiranya setelah mencatat itu mengulang-ulang baca pula, paling sedikit tiga kali. Untuk lebih kekal bacalah sehingga tujuh kali.

2. Menyimpan
Apakah yang berlaku sewaktu anda menyatakan kepada diri sendiri, "Aku hendak mengingat fakta ini." Secara automatik minda anda akan bertindak menghantar maklumat itu ke gedung ingatan jangka panjang untuk disimpan. Ia kekal disitu, cuma masalahnya apabila anda tidak kerap menyebut-nyebutnya, getaran-getaran yang bersambung kepadanya akan mengendur dan akhirnya beku. Sebab itulah anda terlupa maklumat penting berkenaan, yang sebenarnya bukanlah hilang tetapi lorong ke arah situ sudah mula terkambus kerana tidak pernah dilalui lagi. Samalah halnya seperti lorong yang kita bina untuk menghubungkan ke sesuatu tempat, kemudian kita biarkan sahaja. Lama-kelamaan lorong itu akan ditumbuhi semak samun hingga anda tidak akan bertemu atau mengingatinya lagi. Ingat! mallumat penting tidak hilang tetapi dikirimkan ke daya ingatan jangka panjang dan disimpan.

3. Memanggil kembali

Kerja-kerja memanggil maklumat yang disimpan akan hanya bergantung pada sebaik mana maklumat ini diingat buat pertama kalinya. Sebab itulah proses mengingat perlu dilakukan dengan kaedah yang betul bersungguh-sungguh. Semua perbuatan sambil lewa akan hanya membazirkan fungsi otak yang sebenarnya boleh menjadi alat perakam yang terbaik untuk mengingat apa saja, di mana saja, dalam keadaan apa saja.

No comments:

Post a Comment

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM