I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Tuesday, March 30, 2010

MEREKA TIDAK BERDOSA...


Mereka tidak berdosa, mereka tidak bersalah tetapi kenapa mereka menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak berhati perut? Itulah persoalan yang menjadi mainan difikiran kita tatkala bercerita mengenai kes penderaan dan penganiayaan bayi serta kanak-kanak yang semakin menjadi buat masa ini.
Bercerita mengenai kes-kes pembuangan dan penderaan bayi, semua pihak tentunya bersimpati dengan kejadian seperti itu, malah pastinya menitiskan air mata. Apabila melihat wajah anak-anakku yang comel, terasa amat sedih mengenangkan kejadian tersebut, tertanya-tanya mengapa keadaan tersebut berlaku sehingga ada di antara mereka neninggal dunia dalam keadaan tragis. Tersentuh hati ini setiap kali membaca akhbar, mendengar dan melihat di televisyen kisah anak kecil tidak berdosa itu dibuang dan dibakar dalam tong secara kejam malah ada pula sebelah tangan telah digonggong oleh seekor anjing. Ada juga individu yang tergamak mendera kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka menemui ajal. Saya berharap sangat mereka yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu insaflah dengan kekejaman sendiri.
Apabila pulang ke kampung atau pergi ke Taman Monyet di Lumut, kita akan melihat monyet berkeliaran dan ada di antara haiwan itu tidak akan melepaskan anak mereka di badan. Tetapi sayang sekali manusia tergamak bertindak kejam terhadap anak sendiri. Hati saya tersentuh melihat monyet bergurau-gurauan dengan anak mereka. Apabila ingin memanjat pokok, anak-anak monyet ini akan memeluk erat ibu masing-masing. Begitu mulia kehidupan haiwan yang mempunyai kasih dan sayang kepada zuriatnya tetapi sayang sekali perasaan itu tiada pada segelintir manusia.
Oleh itu, jika ada di antara wanita atau gadis di luar sana yang sedang mengandungkan anak tanpa bapa, janganlah bertindak diluar kewarasan. Janganlah sesekali menyiksa anak-anak itu kerana mereka tidak bersalah. Mereka tidak sewajarnya dibenci kerana bukan mereka yang membuat kesalahan itu tetapi ibunya yang bersalah. Perlu diingat bayi dan kanak-kanak kecil ini akan menunggu ibu mereka di pintu syurga. Dan mereka yang melakukan kesalahan dan kesilapan pula hendaklah bertaubat serta ingatlah Allah itu maha penyayang dan pengampun.

Thursday, March 25, 2010

KENANGAN BERSAMA BEKAS ANAK MURID..


Hari ini SK Lekir telah dikunjungi oleh 11 orang bekas murid SK Lekir. Mereka ini telah menamatkan persekolahan di SK Lekir pada tahun 2004. Meriah betul dengan kehadiran mereka ini. Masing-masing telah pun menamatkan alam persekolahan dengan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam SPM. Antara yang hadir ialah pasangan kembar yang cute Suraya dan Safia Mansor, Nurul Husna Abd Latif, Siti Noraishatun Mohd Yusof, Muhammad Hanihazaim Abd Halim, Ahmad Nadzir Tarmizi, Mohd Luqman Massuti, Muhd Redzuan Razali, Muhd Nurikmal Kamil dan Muhd Fadhail Abdul Rani. Tahniah kepada mereka dan semoga terus berjaya dan cemerlang....



Thursday, March 11, 2010

SUKAN SEKOLAH KU...

Hari ini 11 Mac 2010, Khamis berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-45. Kami semua sibuk dengan tugas masing-masing yang telah diamanahkan. Begitu juga dengan murid-murid yang terlibat begitu bersemangat untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Guru-guru rumah sukan begitu bersemangat memberi kata-kata perangsang dan motivasi kepada murid-murid mereka.

SEMASA RAPTAI SUKAN


Murid-murid sedang membuat raptai perbarisan. Raptai perbarisan telah dibuat selama 3 hari bermula pada hari Selasa dan berakhir pagi tadi. Kasihan mereka terpaksa berdiri dalam panas tapi nak buat macam mana kan...Namun begitu mereka ini sebenarnya suka dan tidak kisah dengan cuaca panas ni tapi tak tahulah petang ini dah tentu cuaca panas terik.


Inilah kanak-kanak comel yang akan membuat persembahan tarian di hadapan En. Mohd Sharif bin Mohammad, Penolong PPD Bahagian Sekolah Rendah yang akan merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan. Mereka ini telah dilatih oleh seorang guru yang berkaliber dalam bahagian persembahan iaitu Pn. Salawati Hasan.

Ini pula ialah pertandingan separuh akhir tarik tali yang telah dijalankan pada hari semalam, Selasa di padang SK Lekir. Cikgu Azwa begitu bersemangat memberi semangat kepada pasukannya iaitu pasukan biru. Tapi apa boleh buat pasukan biru telah kecundang kepada pasukan kuning. Ini membuktikan bahawa berbadan besar tidak semestinya kuat...hehehe


Dalam pada itu, sempat juga kami berposing. Maklumlah bila lagi nak bergambar dengan kawan-kawan. Inilah masanya. Yang pakai tudung pink ni masih bujang lagi tetapi sudah tidak boleh dikacau lagi kerana bakal berpunya pada 20 Mac ini. Selamat Bertunang kepada Cik Nor Fadzilah Zainudin.


SEMASA KEJOHANAN BERLANGSUNG



















ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM