I made this widget at MyFlashFetish.com.

PELAWAT

Get a free hit counter .

Friday, July 29, 2011


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dipanjangkan umur lagi untuk berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini. Seperti yang kita tahu, puasa dari segi syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa seperti makan, minum, dan sebagainya dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari yang disertai niat ibadah kepada Allah. Kedatangan Ramadhan sentiasa dinanti-nantikan kerana pada bulan inilah ramai yang mengambil kesempatan untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah.

Sama ada kita sedar atau pun tidak, puasa dapat menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang. Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah merasai kesusahan. Ya, rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ada yang kaya-raya dan ada yang papa kedana. Ada yang makan 3-4 kali sehari dan ada yang hanya mampu menjamah nasi sekali sehari. Jadi, dengan berpuasa inilah kita berpeluang untuk sama-sama merasai kesusahan dan kepayahan orang-orang yang tidak senasib dengan kita di luar sana.

Jadi di kesempatan ini, saya berharap agar kita semua dapat memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya. Anggaplah ini Ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada saya.

Tuesday, July 19, 2011

TIPS UNTUK CEMERLANG

PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri.Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
KITA INGAT 10% APA YANG DIBACA
KITA INGAT 20% APA YANG DIDENGAR
KITA INGAT 50% APA YANG DIDENGAR DAN DILIHAT
KITA INGAT 70% APA YANG DICAKAPKAN
KITA INGAT 90% SETELAH DIPRAKTIKKAN

Jika mahu anak menjadi Luar Biasa Hebat apa kata cuba ikuti panduan ini:
1.PASTIKAN ANAK belajar secara aktif dengan pen atau pensel ditangan.

2.PASTIKAN ANAK belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari atau 20 jam seminggu(tidak termasuk kerja rumah)

3.PASTIKAN ANAK belajar dalam persekitaran kondusif
a.pastikan cahaya adalah terang
b.kurangkan gangguan bunyi
c.tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d.tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e.kerusi dan meja menghadap kiblat
f.jangan lupa untuk senyum

4.PASTIKAN ANAK tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

5.PASTIKAN ANAK mengulangkaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan.

6.PASTIKAN ANAK tahu teknik merangsang memori:
a.memasukkan maklumat dalam memori (registration)
b.menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
c.mengingat kembali (recall)
d.menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

7.PASTIKAN ANAK sentiasa awal dan mendahului
a.persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
b.murid yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
c.belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

8.PASTIKAN ANAK untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar walaupun tak faham. Sekurang-kurangnya anak tahu tajuk tersebut dia tak faham.

9.PASTIKAN ANAK berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormat dan sayangi guru. Berdasarkan pemerhatian, murid yang cemerlang akan bersalam dengan guru sebelum pulang manakala murid yang lemah biasanya akan terus meluru keluar kelas. Perkara ini nampak remeh tapi impaknya tersangatlah besar.

10.PASTIKAN ANAK mempunyai teknik membaca yang betul.
a.duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul
b.memberikan tumpuan sepenuhnya
c.menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d.menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11.PASTIKAN ANAK sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.Antara yang boleh ibu bapa lakukan adalah sekali sekala cuba duduk didepan anak dan tanya apa yang dia telah baca dan minta dia ulang atau terangkan.

12.PASTIKAN ANAK membaca doa penerang hati setiap kali selepas solat, sebelummengulangkaji dan sebelum menghadapi peperiksaan.

13.PASTIKAN ANAK tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. Jika nampak anak terlalu letih tak perlulah memaksa atau menyindirnya pula.

14.PASTIKAN ANAK belajar mengikut waktu yang sesuai dengan dirinya.(study according to your biologicl clock)

SEMOGA INFO SEBEGINI BERMANFAAT KEPADA ANDA SEMUA........


Tuesday, July 12, 2011

SPELLING BEE

9 Julai 2011 - Telah membawa anak-anakku ke Pertandingan "Spelling Bee" peringkat markas MPL Pangkalan TLDM anjuran BAKAT. Pertandingan tersebut adalah khusus untuk anak-anak tentera yang masih bersekolah. Terdapat 4 kategori dalam pertandingan itu iaitu Kategori A (7 -9 tahun), Kategori B (10-12 tahun), Kategori C (13-15 tahun) dan Kategori D (16-17 tahun). Kedua orang anakku telah bertanding kategori A dan B. Angah Nur Amalia Izzati telah mendapat tempat ke-3 manakala along Nur Aina Izzati ......................................bukan tak mendapat tempat tetapi masih lagi belum ada keberanian untuk memasuki pertandingan yang memerlukan bercakap. Pertandingan menulis ok je.............Erm kena memikirlah kami sebagai ibu bapa bagaimana nak menangani masalah anak yang sorang nie...........





ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

PERKAKASAN MULTIMEDIA

MEDIUM MULTIMEDIUM